MCA Kelana Jaya

马华雪州格拉那再也区会

Ong Chong Swen

王 锺 璇

Today is :

Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search

 
 

Back Up Next

12/01/2011

Golongan OKU perlu cekal tempuh kehidupan

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0112/Utusan_Malaysia/Kota/wk_02.1.jpg

ONG Chong Swen (tengah) bersama golongan kurang upaya dan orang ramai yang menyertai Bazar Amal@19mall selepas merasmikan bazar tersebut di City Mall, Subang Jaya, kelmarin.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUBANG JAYA 11 Jan. - Golongan kurang upaya (OKU) dinasihatkan agar tidak menjadikan kekurangan mereka sebagai penghalang untuk mencari pekerjaan dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Ong Chong Swen berkata, memiliki kekurangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun intelektual bukan ukuran bagi anggota masyarakat lain untuk memandang rendah apa sahaja yang dilakukan oleh golongan berkenaan.

Menurutnya, untuk menjadi lebih dihormati, golongan OKU perlu lebih cekal dan berdikari dalam menempuh kehidupan termasuk berusaha bagi mengisi keperluan sendiri.

"Golongan OKU seharusnya tidak terlalu mengharapkan simpati mahupun bantuan daripada orang lain tetapi cubalah untuk berdikari.

"Apa yang diharapkan daripada masyarakat ialah mereka akan memahami situasi yang dihadapi oleh golongan ini seterusnya memberi lebih ruang kepada mereka menunjukkan potensi supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Amal@19mall di pusat beli belah City Mall di sini semalam.

Chong Swen berkata, penganjuran bazar amal oleh Beautiful Gate Foundation For The Disable itu perlu disambut baik oleh semua pihak terutama dalam menyediakan bantuan dan keperluan kepada golongan sasaran.

Beautiful Gate adalah sebuah pertubuhan sukarela bagi membantu OKU di negara ini yang ditubuhkan sejak lebih sedekad lalu.

Katanya, penganjuran bazar yang julung kali diadakan dengan kerjasama City Mall itu juga adalah bukti golongan terbabit mempunyai usaha dan inisiatif sendiri untuk meletakkan diri mereka di tengah-tengah masyarakat.

Tambah beliau, konsep beramal sambil membeli itu juga dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti kebajikan yang dianjurkan.

Sehubungan itu, orang ramai terutama yang menetap di Subang Jaya boleh membantu golongan itu dengan menjayakan program yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Penganjuran bazar itu, antara lain bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada tabung yayasan tersebut yang kini sudah memiliki lebih enam cawangan termasuk luar Lembah Klang.

Pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori dan makanan kesihatan boleh dibeli di kira-kira 20 gerai yang mengambil bahagian.

Orang ramai yang berminat khususnya golongan OKU dan ibu tunggal dialu-alukan untuk menyertai bazar amal berkenaan dengan menghubungi talian 03-78736579 atau layari laman www.beautifulgate.org.my untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

 
Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search
 
 
Copyright 2008-2009 Ong Chong Swen
This website was last modified on : Friday, 13 December, 2013

Hit Counter