MCA Kelana Jaya

马华雪州格拉那再也区会

Ong Chong Swen

王 锺 璇

Today is :

Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search

 
 

Back Up Next

06/11/2010

Tindakan MPSJ dibidas

Oleh Ardyhansah Amat
kota@utusan.com.my

SUBANG JAYA 5 Nov. - Cakap tak serupa bikin. Peraturan pula diubah sesuka hati.

Bidasan itu dilemparkan oleh Barisan Nasional kawasan Parlimen Subang Jaya terhadap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berhubung syarat-syarat permohonan permit memasang sepanduk.

Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Ong Chong Swen yang kelihatan kesal dengan MPSJ menjelaskan, isunya adalah kecil iaitu mengenai hasrat pihaknya hendak menggantung sepanduk di sekitar kawasan Subang.

"Kami mengalami kesukaran untuk menggantung sepanduk di kawasan Subang, sungguhpun sepanduk itu hanyalah untuk memberi ucapan perayaan semata-mata," ujarnya.

Chong Swen berkata keadaan ini berlaku apabila mereka membuat permohonan permit untuk sepanduk ucapan sempena sambutan perayaan Deepavali.

"Sebelum ini, kami pernah memohon permit untuk memasang sepanduk sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu.

"Melalui surat yang kami terima, hanya ada beberapa arahan daripada MPSJ seperti Jata Negara hendaklah ditukar kepada bendera negeri Selangor serta jawatan kami dalam kerajaan ditukar kepada jawatan dalam parti.

"Selain itu, dalam surat yang sama juga MPSJ turut menyenaraikan beberapa jejantas sebagai lokasi yang dibenarkan untuk menggantung sepanduk.

"Untuk kali ini, kami cuba mengikut peraturan yang sama seperti yang digariskan dalam surat berkenaan," katanya.

Malangnya, tambah Ong, pegawai MPSJ daripada Jabatan Perlesenan menjelaskan hanya ucapan dan bendera negeri sahaja yang dibenarkan dicetak pada sepanduk berkenaan.

"Semua gambar-gambar kami termasuklah bendera Malaysia dan logo 1Malaysia tidak boleh dicetak, barulah permit akan diberikan.

"Kenapa syarat tersebut boleh bertukar-tukar dalam masa beberapa bulan sahaja?

"Kenapa tiada hitam putih mengenai syarat-syarat baru tersebut, dan hanya diberitahu kepada kami secara lisan?

"Kami mahukan penjelasan mengenai perkara ini. Ia sekadar ucapan perayaan untuk penganut Hindu di Subang Jaya semata-mata.

"Jika hanya letak ucapan raya dan lambang bendera negeri, bagaimana masyarakat nak tahu ucapan itu daripada kami," katanya lagi.

Justeru, Ong bersama-sama parti komponen Barisan Nasional termasuklah Ketua MIC Bahagian Kelana Jaya, Datuk SM Muthu, Ketua Bahagian PPP Kelana Jaya, Datuk D. Gnana serta beberapa orang lain membuat piket sebagai bantahan terhadap tindakan MPSJ tersebut di Taipan, hari ini.

Selain itu, Utusan Malaysia difahamkan, sepanduk-sepanduk milik kerajaan negeri tidak pula dikenakan syarat-syarat sedemikian.

Malah, mereka juga mendakwa sepanduk yang telah digantung di beberapa jejantas dan jelas memaparkan gambar Menteri Besar Selangor tidak mempunyai sebarang permit memandangkan tiada nombor siri permit yang biasanya diletakkan pada sepanduk.

 

 

 

 

 
Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search
 
 
Copyright 2008-2009 Ong Chong Swen
This website was last modified on : Friday, 13 December, 2013

Hit Counter