MCA Kelana Jaya

马华雪州格拉那再也区会

Ong Chong Swen

王 锺 璇

Today is :

Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search

 
  Back Up Next  
 

Tindakan meroboh tidak patut dilakukan

SUBANG JAYA 19 Julai - Tindakan MPSJ merobohkan tapak gelanggang silat di kawasan perumahan Pangsapuri Angsana di USJ 1 di sini bukan sahaja mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penduduk.

Malah, Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Ong Chong Swen juga berpendapat, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kegiatan itu mengajak orang ramai untuk beriadah.

"Tanah tersebut direzabkan untuk tapak pembinaan tadika tetapi sejak sekian lama, tidak ada sebarang pembinaan dilakukan, jadi penduduk menggunakan tapak tersebut sebagai tempat untuk berlatih silat.

"Pembinaan gelanggang berkenaan juga bersifat sementara kerana mereka (penduduk) sedar ia tapak untuk tadika.

"Aktiviti ini baik kerana penduduk terutamanya golongan muda seperti remaja dapat mengisi masa lapang mereka dengan berlatih silat berbanding pergi melepak ataupun terlibat dengan kegiatan merempit.

"Malah, suri rumah dan kanak-kanak juga boleh belajar asas seni mempertahankan diri," katanya yang hadir bagi mendengar keluhan penduduk serta melihat sendiri tapak yang telah dirobohkan.

Minggu lalu, MPSJ bertindak merobohkan gelanggang silat berkenaan atas alasan tempat tersebut menjadi salah satu tempat pembiakan nyamuk aedes.

Akibat tindakan drastik MPSJ itu, pihak berkuasa tempatan berkenaan didakwa tidak prihatin dan ada yang mendakwa ada pihak cuba membunuh aktiviti sihat penduduk di kawasan berkenaan.

Bagi Pegawai Penyelaras Pembangunan Kawasan DUN Subang Jaya, Lee You Hin, MPSJ perlu berbincang dengan penduduk dan persatuan silat berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

"Sepatutnya ada perbincangan malah jika nak roboh sekalipun, notis pemberitahuan perlu diberi terlebih dahulu sebagai makluman penduduk di sini.

"Ini membolehkan penduduk dan persatuan silat mencari alternatif untuk berpindah ke tempat lain.

"Paling kurang pun, sediakan tempat baru bagi membolehkan penduduk di sini terus menjalani latihan silat.

"Apatah lagi aktiviti berkenaan adalah baik untuk penduduk di sini dan bukannya mengundang masalah sosial," katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong Swen dan You Hin berharap agar ada perbincangan di antara MPSJ, penduduk dan juga pihak-pihak yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ini kerana aktiviti sebegini wajar diteruskan kerana ia banyak memberi faedah di samping dapat mengurangkan masalah sosial di kawasan berkenaan

 

 

 

 

 
Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search
 
 
Copyright 2008-2009 Ong Chong Swen
This website was last modified on : Friday, 13 December, 2013

Hit Counter