MCA Kelana Jaya

马华雪州格拉那再也区会

Ong Chong Swen

王 锺 璇

Today is :

Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search

 

Back Up Next

 
 

 

 
 

Sentral: Wanita MCA mahu temui MPSJ bincang isu penjaja

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
bhnews@bharian.com.my

Pertemuan bagi tangani masalah keselesaan pasar moden

 


SUBANG JAYA: Wanita MCA Bahagian Kelana Jaya akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam masa terdekat bagi membincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penjaja di pasar moden di SS15 di sini.

Pengerusinya, Ong Chong Swen, berkata pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada MPSJ terlebih dulu Asebelum merancang bertemu dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan sekitar minggu hadapan bertujuan meleraikan masalah dihadapi penjaja pasar pagi berkenaan.

“Antara masalah mereka termasuk ketiadaan tempat mencuci tangan, atap bocor, air bertakung dan apa yang mengejutkan adalah terdapat lubang yang agak besar di tengah-tengah laluan jalan di dalam pasar berkenaan yang hanya ditutup dengan kotak.

“Masalah terbabit amat membimbangkan, apatah lagi pasar menjadi tempat kunjungan orang ramai termasuk kanak-kanak, terutama pada hujung minggu dan apa yang menjadi perhatian kami adalah keselesaan dan keselamatan penjaja dan pengunjung pasar ini,” katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Lee You Hin dan Naib Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Chen Siang Hooi.

Pada majlis berkenaan, Ong meluangkan masa selama kira-kira dua jam beramah mesra dengan penjaja dan pengunjung pasar dua tingkat yang dibina sejak tiga tahun lalu itu selain mengedarkan kalendar tahun 2009.

 

 

 
Home 王鍾璇 Up My Profile 个人简介 My Views 忠言闲话 EVENTS   活动栏 Interview  专访 MCA KJ格拉那再也马华 GALLERY  活动走廊 ElectionNews选举新闻 Contact 联络 Links Search
 
 
Copyright © 2008-2009 Ong Chong Swen
This website was last modified on : Friday, 13 December, 2013

Hit Counter